AWAS !!!! Jangan Biasakan Anak Bawah 2 Tahun Makan Ubat!

HATI seorang ibu akan jadi tidak keruan apabila bayinya diserang selesema, batuk dan demam. Melihat bayi asyik menangis kerana tidak selesa bernafas dan batuk pasti membuatkan ibu bertambah bimbang.

Apa pilihan yang ada, ibu hanya mampu membawa anak ke klinik dengan memberikan segala jenis ubat dan antibiotik yang sebenarnya masih tidak begitu sesuai untuk bayi di bawah usia dua tahun.

Menurut U.S Food And Drugs Administration (US FDA), ubat-ubatan tidak harus diberikan kepada bayi berusia dua tahun ke bawah. Ini kerana ubat-ubatan itu hanya merawat simptom sakit dan bukannya punca sakit.

Selain itu ubat selesema dan batuk ada sejenis bahan yang menyebabkan mengantuk dan sangat merbahaya untuk bayi kerana kesukaran untuk mereka bernafas ketika tidur boleh menyebabkan maut.

Ada beberapa petua yang boleh digunakan ibu untuk memberikan kelegaan pada bayi yang diserang selesema dan batuk.

1. Berikan sesudu madu dan air suam kepada bayi berusia dua tahun dan ke atas. Madu boleh melonggarkan lendir hingus yang tersekat di tekak.

2. Campurkan sedikit minyak angin khas untuk bayi ke dalam sebekas air suam. Tutupkan kepala bayi selesema dan batuk dengan tuala agar wap minyak angin boleh diserap ke dalam paru-parunya. Sambil anak ditiarapkan dalam pangkuan ibu atau bapa. Ketika anak sedang menghidu wap tepuklah belakangnya secara perlahan menggunakan kekuatan pergelangan tangan sahaja agar kahak dari paru-paru yang telah longgar dapat dikeluarkan melalui batuk bayi.

3. Buang kahak dalam paru-paru dengan lakukan fisioterapi paru-paru satu jam sebelum bayi yang selesema itu menyusu, atau satu jam selepas bayi menyusu sahaja. Caranya, tiarapkan bayi dan lapikkan perut bayi dengan bantal tidurnya. Bentukan tangan anda seperti scoop dan tepuk belakang anak anda dengan kekuatan pergelangan tangan sahaja mengikut gerakan ikut arah jam. Kahaknya akan keluar melalui najis.

Apa Ibu Perlu Buat...

1. Sapukan batang hidung bayi dengan sedikit ibu kunyit yang telah disagat pada tepi lesung. Lakukan sekerap mungkin.

2. Ambil sedikit daun kaduk, hancurkan dan campur sedikit kapur makan menggunakan hujung jari kelingking anda. Tambahkan sesudu air jika perlu dan ramas-ramaskan campuran tadi dan sapukan di bahagian dada dan belakang bayi semasa bayi sedang tidur. Lakukan sekerap mungkin.

3. Elakkan sebarang makanan yang berminyak buat sementara waktu kepada bayi selesema.

4. Sapukan minyak telon selepas mandi di bahagian ubun-ubun dan juga tapak kaki bayi selepas mandi.
 
5. Elak basahkan kepala bayi sewaktu mandi petang sekiranya bayi selesema.
 
6. Pemakaian topi dapat elakkan ubun-ubun bayi sejuk dan menyebabkan bayi selesema.

Image result for bayi demam

0 Response to "AWAS !!!! Jangan Biasakan Anak Bawah 2 Tahun Makan Ubat!"

Post a Comment